Tuesday, February 1, 2011

Sekapur Sireh



Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah Subahana Wa Ta’ala kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga kita mewujudkan Blog Kampung Baru ini. Walaubagaimanapun sukar untuk kita mewujudkan Blog kampung ini jika tidak dengan kerjasama semua pihak terutama pihak ahli jawatankuasa yang bertungkus lumus untuk mendapatkan maklumat yang amat diperlukan bagi menyiapkannya. Terima kasih yang tidak terhingga kepada ahli jawatankuasa yang tidak pernah mengenal penat dan lelah untuk memastikan kesempurnaan bagi setiap ruang Blog ini. Sebetulnya bak kata pepatah “Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya”. “Bulat air kerana pembentung , bulat manusia kerana muafakat”.

Semoga dengan wujudnya Blog Kampung ini kita sama-sama mendapat manfaat darinya. Sekian, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh….


" Kampung Kita Tanggungjawab Kita "



Pengurusan
JKKK Kg. Baru Kerteh,
Kemaman, Terengganu,
Terengganu Darul Iman.